Pem........
Cinta Hati Pem
Cinta Hati Pem
Friday, January 11, 2013
Hari ini dlm sejarah...
Ntah knp..hubungan ini semakin kusut...salah aku kah...katanya dia tidak mahu berckp..bermanja dgn ku krn aku...katanya semua yg dia akan ckp dan katakan akan mnjd kesalahan buatku...ntahla..mungkin aku yg bersalah...mungkin aku harus mengubah semuanya...harus mndiamkn diri sptnya...aku harus cuba utuk tidak mnceriakn keadaan...Terima kasih menyedarkn aku hr ini....
Thursday, January 10, 2013
Inilah sisa2 kehidupanku.....
Ya Allah...aku terlalu sedih dgn kehidupanku...pd zahir aku lengkap segala...ttpi hakikat aku sbnarnya kosong....sakit yg teramat ini mbuat aku tewas dgn kehidupan...namun aku tempuh dgn semangat dr anakku..tp bukan dr dia yg hya berpura2....pedih dan semakin lemah dr ini bila memikirkn dia..namun dia yg harus ku hadapi setiap hari..
Dia yg harus aku taati setiap saat...Ya Allah. ..aku redha..aku sakit teramat...namun aku harus memaksa diri melakukan segala yg kdg2 aku xdaya...org lain punya teman hidup dan saling mbantu dan menjaga..tp aku tiada..tiap kali aku ngadu..hya keluhan yg aku proleh....adakalanya bebai dan marah...namun aku xpnah mengabaikan dia...apapun ku harus redha......

Saturday, September 29, 2012
Tiba2 nak tulis...
Hidup....memamglah tak seindah yang kita harapkan....tapi kita juga harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan....sebagai manusia perlu ada seseorang..namun..aku sunyi....dia tidak pernah sudi mendengar rintihan dan luahan ku....akhirnya aku putuskan...biarlah rahsia.....
Saturday, August 14, 2010
Hidup ini satu percaturan.....Eps 1
Sayu sungguh bila dikenangkan permulaan kehidupan ku yg kelam. Adakah ini balasan Allah terhadap dosa-dosa yg telah aku lakukan atau sememangnya ini percaturan hidupku.Kisah pahit hidupku bermula sejak aku kecil lagi, waktu aku tidak mengerti kenapa perbezaan dunia begitu ketara. Waktu itu aku masih punya ibu dan bapa, namun aku sudah dapat rasakan yg aku dibenci oleh ibuku. Aku mangsa pada setiap situasi. Namun atas dasar kehidupan, aku teruskan.
Hidup semakin teruk apabila aku meningkat remaja. Waktu itu jiwa memberontak, mencari kasih sayang, namun bagi aku pelajaran harus ku utamakan. Tahun 1999 aku berjaya menjejakkan kaki ke Universiti, walaupun jurusan yg aku perolehi bukan kehendakku. Waktu iut juga hatiku telah dimiliki oleh insan yg betul2 aku cintai. Menitis air mata ini bila terkenang kan dia, EM, namamu, dirimu dan kasih sayangmu takkan ku lupa hingga ke hujung nyawa. Waktu itu juga aku amat mengkagumi bapaku, bertongkat menghantar aku ke menara gading.
Namun segalanya bertukar...hampir 5 bulan aku di universiti, aku dikejutkan dgn berita pemergian bapa tercinta, dan dari saat itulah kehidupanku bertukar sebaliknya. Aku menjadi insan tanpa arah. Dahulu pembelajaranku dibantu oleh arwah bapaku, kewangan dan semangat. Namun sekarang aku harus mencari untuk wang untuk meneruskan kehidupan. Ibu tidak pernah membantu, walaupun sebahagian duit pencen arwah bapa diamanahkan padaku. Aku tetap aku, diam dan terus diam tanpa bantahan.Aku gagahi jua mencari rezeki utk hidup dan utk meneruskan pembelajaran ku.Tiada siapa yg tahu keadaan aku ketika itu. Pernah aku tidak makan untuk3 hari, hanya minum air masak.Begitulah kehidupanku selama 3 tahun bagi menunaikan hasrat arwah bapa melihat aku menggenggam sehelai ijazah.
Akhirnya, tiga tahun berlalu, aku berjaya juga menunaikan hasrat arwah bapaku. Namun ketika itu, cinta yang pernha menyuluh perjalanan kehidupanku semakin malap. Sudah lama aku rasakan cahaya cinta itu kian pudar. Aku dapat merasakan sesuatu, yg dia sudah berubah. Aku akur kerana aku sedar siapa diri ini. Aku makhluk ciptaan Allah yg akan menghadapi pelbagai tomahan, dugaan dan cacian.Aku redha dengan semua ketentuan.
Aku melangkah pulang ke kampung, walau disambut dgn jelingan dan wajah masam seorg ibu. Aku tidak tahu kenapa aku dibenci oleh semua sedangkan aku tidak pernah bersalah. Mungkin wajah yg Allah ciptakan ini terlalu hodoh utk disayangi. Aku tetap redha.Aku atur langkah menjejak cintaku. Aku tetap yakin dia milikku. Namun segalanya takdir tetapan Ilahi. Dia ada insan lain. Lebih cantik semestinya. Berderai airmataku, cinta yang menjadi penguat semangatku, insan yang sentiasa membuat aku ingin terus pulang kerananya, kini bukan milikku lagi. Aku sungguh kecewa dengan kehidupan.....

Wednesday, June 30, 2010
aku terlalu sedih dgn sikap manusia itu.....
ada seorg kawan lama berpesan pdku..."yg hang dok percaya tu la...dok bawa cerita hang kat org lain....perburuk hang kat org lain...beik2 la...."tp aku tak pernah endahkan pesanan dia...tp skrg baru aku tahu kebenaran pesanan tu....thanks sahabat....dan terima kasih juga pada org yg sanggup membawa cerita ku ini....hanya Allah yg tahu kebenaran sgalanya....
apa yang iema nak pesan...cuma berhati-hati dlm memilih kawan....sbb nanti jd mcm iema...iema ni terlalu percaya dan sygkan insan yg iema anggap penasihat, penyimpan rahsia dan juga iema anggap mcm kakak....maklumlah..iema ni tak suka berkawan ramai2....tup2 terkena mcm ni.....ttg kebenaran kes ni nanti iema update....oklah...nak layan hati sedih ni.....
Thursday, May 6, 2010
Saat-saat genting dalam hidup anakku.....Alhamdulillah...Allah Maha Berkuasa

Inilah gambar2 ketika anakku ketika dia berada dalam situasi genting.....Allah ja yg tahu betapa luluh hatiku ketika kejadian ini berlaku pada 19 April 2010.....macam2 dugaan terpaksa ditempuhi...aku yg masih belum pulih sakit ditimpa musibah ini...namun seperti biasa...aku tempuh dengan penuh keredhaan dan hanya doa yg mampu aku taburkan ketika ini.....
Zon Kritikal, Hospital Serdang
19 APRIL 20
Kejadian berlaku pada petang Isnin jam 3.20petang 19 April 2010....ketika itu anakku sedang bermain dan menonton tv seperti biasa....selama ini anakku sihat Alhamdulillah....gegirl berkata dia hendak mengambil mainannya dan bangun....sebaik shj dia bangun....dia terus muntah dgn byknya.....sehingga dari hidungnya juga terpancul muntah yg luar biasa......gegirl terus lambik...matanya tidak bergerak, hanya memandang ke satu arah....waktu itu aku benar2 panik....dgn diriku yg yg tidak berapa mampu...aku gagahi memaksa kudratku di luar batasan ketika itu....aku menjerit2 mamanggil nama anakku...tiada jawapan....sebelum itu dia hanya berkata pada ku..."ibu, jgn pegang tangan gegirl" sedangkan aku tidak memegang apa2 pun ketika itu.....
Allah maha Berkuasa..kakak ku menelefon dan 5 minit kemudian dia sampai....Allah berikan kami pertolongan....dengan kelemahan diri yg teramat...aku menukar baju anakku....kami cuba mengangkat gegirl...tp tidak mampu...Tiba2 sesuatu yg luar biasa terjadi pada ku...aku mampu turun dari tingkat 3 dan meminta pertolongan.....Allah menolong aku lagi...ada seorg anak bujang sedang membaiki motor....hanya dia yg mampu aku pinta pertolongan....Seorg lagi lelaki gagah yg aku minta pertolongan...hanya ketawa melihat kekalutan ku......hamba Allah yg budiman itu sanggup mendukung anakku....Hamba Allah itu takkan mampu aku lupakan jasanya.....Aduh....sudah hampir 30 minit...Ambulans belum sampai...berkali2 aku telefon...sesat katanya....aku mengambil keputusan membawa anakku ke PUSAT RAWATAN ISLAM AZ-ZAHRAH dengan harapan mereka mampu membantu....
MasyaAllah....di Az-Zahrah...anakku semakin teruk....dia diserang sawan yg teruk....luruh jantungku.....agak huru-hara di ruang kecemasan Az Zahrah itu.....rupa2nya baru aku tahu....doktor yg merawat anakku td sudah lari....dia tidak mampu membantu....aku minta anakku dia hantar ke Hospital Serdang....untuk menghilangkan serangan sawan yg teruk berkali2 itu....jururawat Az-Zahrah memberi anakku ubat tidur.....Gegirl tidak sedarkan diri sehari setengah di Hospital serdang......Ya Allah...bantulah hambamu.....Aku rasakan seperti terawang2 kerana melawan kesakitan diriku yg terlalu amat.....kami juga berubat secara tradisional....berjumpa dgn ustaz2....rupanya anakku terkena tempias atau ada unsur sirik juga menyerang anakku...aku ingatkan mereka2 itu hanay akan menganggu aku...tetapi mereka mencuba pada anakku pula...Ya ALLAH....hanya Engkau yg mampu merubah dan melakukan segalanya.....aku insan lemah....
Gegirl terus dikejarkan dgn ambulans Az-Zahrah ke hospital Serdang dan terus dimasukkan ke zon kritikal....lihatlah gambar2 gegirl...penuh wayar badannyer....kesian sungguh....mak dan kakak2 ku(makcik2 gegirl) semuanya menangis melihat dia sebegitu.....Ya Allah.....

Selepas dimasukkan ke dalam zon kritikal selama hampir setengah hari....akhirnya anakku dimasukkan ke wad 5A (wad kanak-kanak) untuk pemeriksaan lanjut....ketika itu selama 24 jam aku menemaninya...malam tak ku pejamkan mata...demai kasih syg yg teramat dalam....aku menggenggam tangan bidadari kecilku setiap masa., walaupun aku sendiri tidak mampu berdiri lama...tidak mampu berjalan melebihi 10 langkah.....hanya doa dan zikir sahaja yang mampu aku lakukan ketika itu....suamiku juga kelihatan kusut...ulang-alik hospital ke rumah...rumah ke hospital...mangambil barang keperluan dan keresahanuntuk meninggalkan kami berdua....hanya Allah yg tahu isi hatinya ketika itu....
Alhamdulillah...dengan kuasa Allah.....selepas diambil air tulang belakang (teknik perubatan yang paling digeruni), denagn nasihat dari pakar kanak2, aku terpaksa merelakan pakar kanak-kanak melakukan prosedur itu untuk memastikan tiada kuman di dalam otak anakku...
Lemah betul anakku selepas prosedur itu...gegirl tidak sedarkan diri selama sehari lagi....esoknya dia sedar dan menangis....gegirl berkata.."Ibu, gegirl sakit...jom balik..." Bertapa luluhnya hati aku....Ya Allah..hanya Engkau saja yg boleh mambantuku ketika itu... dan aku bersyukur anakku mudah memahami situasi......
Gegirl dan aku berada di sana selama 5 hari 4 malam....akhirnya kami dibenarkan pulang...begitu gembiranya anakku....selama di hospital serdang...Alhamdulillah aku dilayan baik...setiap kali makanan sampai...siap makanan untuk ibu sekali....tempat tidurku lagi sedap dari tilam di rumah ku....namun ketika itu aku tidak mampu menikmati semua itu....hati aku terlalu risau....hingga hari ke tiga....gegirl sudah tersenyum lebar dan nampak sihat....banyak org dtg melawat anakku...terima kasih semua....byk sungguh jasa dan pengorbanan kakakku(kak nina) yg gegirl panggil mama....tanpa dia aku tidak tahu bagaimana keadaan anakku ketika ini....hanya Allah shj yg boleh mambalas jasa 'mama' gegirl.......
22 April 2010.....kami pulang ke rumah....agak fobia aku ketika melangkah masuk ke rumah ini....namun inilah syurga kami.....
Kepada semua yg membantu...terutamanya kak Nina....terima kasih teramat sgt....tanpa kalian...kami lemah....dan terutamanya kepa penciptaku...Ya Allah....terima kasih sedalam2 hati ku...Kau bantu hambamu yg lemah ini setiap kali aku ditimpa musibah....terima kasih kerana menguji kami.....kerana kami yakin..Allah Maha berkuasa....
Allahu akbar....Allahu akbar....Allahu akbar....
Saturday, March 20, 2010

INILAH HARTA, NYAWA, NADI DAN DUNIA KU.....
Inilah satu2nya anak kesayanganku...tanpa dia hidup ini kosong...dan tanpa dia..tak mungkin aku mampu hidup sampai ke saat ini....
Sayang...andai ibu tiada nanti...ibu nak girl tahu...tiada benda atau kejadian yg paling indah dlm hidup ibu melainkan menatap wajahmu.....kasih sayang ibu hingga ke syurga...ibu ampunkan dosa2 girl dunia dan akhirat..serta ibu halalkan segalanya....Jadilah anak yg solehah.....biar miskin harta...jgn miskin adab....
Love.....Ibu.....
Subscribe to:
Posts (Atom)